Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

ARTIKEL PILIHAN: SJR, ORANG AWAM TIDAK BOLEH HALANG POLIS BUAT PEMERIKSAAN KENDERAAN – TIMBALAN KPN

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19

Shah Alam, 18 Februari 2021 - Orang awam tidak boleh menghalang polis daripada memeriksa kenderaan mereka jika dipercayai terdapat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, kata Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Beliau berkata tugas polis di sekatan jalan raya (SJR) adalah untuk memeriksa dokumen-dokumen seperti pengenalan diri, lesen, maklumat kenderaan dan menyemak cukai jalan masih sah atau tidak serta surat perjalanan.

“Orang ramai harus mematuhi petugas SJR apabila diminta untuk memberikan mana-mana dokumen yang terlibat dan itu adalah untuk setakat mana polis menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Selain dari memeriksa dokumen-dokumen, SOP yang ditetapkan MKN semasa melakukan SJR ini juga tidak menghalang pihak polis dalam melakukan tugas-tugas urusan polis yang lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas melawat SJR di Plaza Tol Setia Alam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ada orang awam yang mempersoalkan kuasa dan batasan polis semasa penugasan di SJR.

“(Ini) kerana ada pihak yang menggunakan kenderaan untuk menyeludup barang-barang yang terlarang atau menggunakan kenderaan untuk melakukan kegiatan jenayah, di mana kenderaan itu juga dicuri,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1932867

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and outdoors
May be an image of 1 person
May be an image of one or more people, people standing and outdoors
May be an image of one or more people, people standing, car, road and text that says 'VM 123 BERHENTI WRJ 2688 POLIS'
May be an image of one or more people, people standing, car and road
May be an image of 1 person, standing, outdoors and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS