Jeli, 27 Februari 2021 - Nilai kompaun RM10,000 yang bakal dilaksanakan 11 Mac depan hanya dikenakan ke atas individu yang mengulangi kesalahan serta mencetuskan penyebaran wabak COVID-19.
Menurut Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, kompaun dengan nilai berkenaan bukannya dikenakan bagi semua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Selain itu beliau berkata, mereka yang dikenakan kompaun itu turut diberikan peluang untuk merayu pengurangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nilai kompaun tersebut bukan bersifat kejam dan pihak polis juga mempunyai pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun.
Katanya lagi berdasarkan modul yang dibentangkan oleh KKM serta kebimbangan peningkatan kes mendadak, kompaun berkenaan wajar dinaikkan bagi menggambarkan betapa seriusnya peningkatan kes wabak COVID-19.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN