Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #PKPB #PKPP #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM DAN ATM PERKETAT KAWALAN DI SEMPADAN NEGARA DENGAN THAILAND

Jeli, 28 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketatkan kawalan di semua sempadan negara dengan Thailand, susulan insiden sekumpulan individu menyerang pasukan keselamatan Thailand, kelmarin.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kumpulan penyerang dianggotai sekurang-kurang 15 individu yang sedang diburu polis Thailand itu, akan cuba memasuki Malaysia.

"Kedua-dua pihak PDRM dan ATM sentiasa diingatkan supaya memperketat kawalan di sempadan negara. Berikutan kejadian di Thailand itu, kita tidak menolak kemungkinan mereka (penyerang terbabit) cuba masuk (ke Malaysia).

"Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan kawalan di sempadan dipertingkatkan," katanya merujuk kejadian dua anggota renjer di selatan Thailand maut, manakala seorang lagi parah dalam letupan bom paip dan insiden berbalas tembakan di kampung di Ra-ngae, Narathiwat, dua hari lalu.

Ketua Polis Ra-ngae, Piyapak Thongpanlertkun, dipetik sebagai berkata dalam kejadian jam 6.50 pagi (waktu tempatan) itu, 16 anggota renjer yang berehat dalam khemah selepas melakukan rondaan di kawasan itu, dikejutkan dengan beberapa letupan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS