Nilai, 31 Mac 2021 – Polis membuka 12 kertas siasatan berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standarad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan golongan kenamaan atau VIP setakat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, tiga kes masih dalam siasatan manakala dua dikategori sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atas alasan melakukan tugas rasmi selain mengikut SOP ditetapkan.
“Selebihnya telah dikompaun dan (mereka yang terlibat) telah membayarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, di sini hari ini.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN