Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPB #PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: KAWALAN PLAZA TOL DEKAT SEMPADAN ANTARA NEGERI DIPERKETAT


Kuala Lumpur, 21 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketat plaza tol di ibu negara dan di setiap jalan masuk sempadan negeri melalui sekatan jalan raya bagi mengawal pergerakan rentas negeri dalam mengekang wabak COVID-19 yang direkodkan mencecah lebih 2,000 kes sejak beberapa hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Azisman Alias berkata, gerakan memperketatkan pergerakan rentas negeri dibuatsusulan arahan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

“Ketika ini perjalanan merentas negeri sedang diperketatkan di plaza-plaza tol. Selain itu, (perjalanan) rentas negeri masih terkawal di jalan masuk sempadan negeri oleh sekatan jalan raya di bawah pentadbiran Ketua Polis Negeri masing-masing,” katanya kepada Bernama hari ini.

Isnin lepas, Dato' Sri Acryl Sani dilaporkan berkata pergerakan rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan pendidikan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis, manakala bagi tujuan kecemasan dan kematian yang dibenarkan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak serta adik-beradik.

Pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis dan jamuan lain pula adalah dilarang.

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS