Ipoh, 21 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia untuk menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah seperti tahun lepas sempena perayaan HariRaya Aidilfitri nanti bagi memastikan tiada aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, strategi yang sama itu dijangkaakan digunakan dan ditambah baik memandangkan larangan rentas negeri masih berkuat kuasa sehingga kini.
"Kita akan buat pemeriksaan sama ada mereka mempunyai surat kebenaran untuk balik (kampung) dan sebagainya. Pemeriksaan akan dilakukan mengikut beberapa aspek seperti jumlah kereta yang banyak di sesuatu rumah itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Buku 69 Komando: Lahad Datu Mac 2013 yang mengisahkan pengorbanan anggota semasa peristiwa itu di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta hari ini.
Tahun lepas Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata polis memeriksa rumah ke rumah semasa perayaan Aidilfitri, dan sekiranya terdapat banyak kenderaan di laman rumah, pihak polis akan melakukan semakan.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN