Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM


Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 65,593 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,602 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,563 anggota telah membuat pemantauan di 4,409 pasar raya, restoran (4,981), kilang (2,093), bank (3,987), pejabat kerajaan (1,569) dan penjaja (4,321).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,908), tempat ibadah (3,441), tempat riadah (1,766), terminal pengangkutan darat (2,086), terminal pengangkutan air (341) dan terminal pengangkutan udara (87).

Semalam, 230 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 228 individu dikenakan kompaun manakala dua (2) lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (77)
- Tidak memakai pelitup muka (52)
- Aktiviti pusat hiburan (31)
- Tiada penjarakan fizikal (14)
- Gagal menyediakan peralatan / merekod diri / pelanggan (2)
- Lain-lain (54)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (21 April 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS