Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 67,275 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,152 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,181 anggota telah membuat pemantauan di 7,100 pasaraya, restoran (5,386), kilang (1,656), bank (4,095), pejabat kerajaan (1,202) dan penjaja (4,859).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,075), tempat ibadah (3,509), tempat riadah (1,552), terminal pengangkutan darat (1,342), terminal pengangkutan air (332) dan terminal pengangkutan udara (112). Semalam, 200 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, seramai 198 individu dikenakan kompaun manakala dua (2) lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tidak memakai pelitup muka (53)
- Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (46)
- Tiada penjarakan fizikal (44)
- Aktiviti pusat hiburan (28)
- Lain-lain (29)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (22 April 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus PN Komunikasi Korporat) OLISDIRAJA TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM PEMERIKSAAN PEMANTAUAN SOP PKP 67,275 BILANGAN PASUKAN PEMATUHAN 3,152 INDIVIDU DITAHAN INGKAR SOP 200 198 KOMPAUN 2 DIREMAN JENIS-JENIS KESALAHAN YANG MASIH DILAKUKAN: 1. Tidak memakai pelitup muka 2. Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis 3. Tiada penjarakan fizikal Aktiviti pusat hiburan Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan f Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official official DRMsia PDRMsia PDRMsia_ Official'
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS