Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TERIMA KASIH PUSAT PAKAIAN HARI-HARI HARGAI PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN

#PKPB #PKPP #COVID-19

Gombak, 23 April 2021 - Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd mengagihkan sumbangan berbentuk baucar pakaian dan juadah berbuka puasa kepada warga Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang bertugas di khemah sekatan jalan raya (SJR) Tol Gombak di sini, menerusi program Singgah Sinar Iftar 1- Meter.

Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Encik Amilludin Latip berkata, buat pertama kali pihaknya menyantuni pasukan barisan hadapan dan berbuka puasa dengan mereka secara kolaboratif bersama Sinar Harian.

"Dengan keadaan negara yang dilanda pandemik COVID-19, maka kita mengambil inisiatif ini untuk menyantuni golongan barisan hadapan yang penting dalam melindungi negara," katanya di khemah SJR Tol Gombak di sini pada Rabu.

Encik Amilludin berkata, sebanyak 50 pek sumbangan berbentuk baucar dari Pusat Pakaian Hari-Hari bernilai RM50 dan juadah berbuka puasa diagihkan kepada petugas-petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe amat menghargai usaha Pusat Pakaian Hari-Hari dan Sinar Harian yang sudi mengunjungi dan memberikan sumbangan kepada petugas polis di SJR Tol Gombak.

"Bukan juadah dan sumbangan yang kami harapkan sebenarnya, tapi keprihatinan dan sokongan tidak berbelah bahagi menyebabkan kami sentiasa kuat untuk terus melaksanakan tugas,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing, people sitting and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS