Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPB #PKPP #COVID-19 [ARTIKEL PILIHAN] AIDILFITRI: CUTI PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS DI SELURUH NEGARA DIBEKU – KPN

Kuala Lumpur, 28 April 2021 - Kesemua cuti pegawai dan anggota polis di seluruh negara akan dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan musim perayaan yang bakal disambut pada bulan depan, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan kelancaran sambutan semasa musim perayaan.

“Kami akan laksanakan kawalan pergerakan seperti yang telah dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas walaupun tiada arahan PKP dikeluarkan.

“Sepertimana yang dilakukan pada tahun lepas, seramai 46,000 anggota yang telah ditugaskan dan 12,000 yang lain adalah berada dalam mod standby,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM di Bukit Aman di sini hari ini.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, polis juga memperketatkan sekatan jalan raya di setiap Plaza Tol pada Aidilfitri ini bagi mengelakkan berlakunya rentas negeri.

“Sejak beberapa hari kebelakangan Ini, jumlah mereka yang didapati positif COVID-19 setiap hari kekal berada pada tahap yang begitu tinggi.

"Sekiranya keadaan menjadi gawat, 12,000 pegawai dan anggota polis yang berada dalam mod "stand-by" akan dikerah untuk membantu di samping bersama Angkatan Tentera Malaysia, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam sekiranya keadaan diperlukan,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1956711

Sumber: Abdul Hamid Bador dan Bernama

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS