Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: POLIS SIASAT KES PEMBACA BERITA TV TIMBULKAN FITNAH - TIMBALAN KPN

Kuala Lumpur, 1 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, berkata tindakan pembaca berita itu telah menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa terutama pasukan PDRM.

"Ini kerana tindakan yang dilakukan PDRM itu adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tujuan mengekang pandemik COVID-19," katanya kepada Berita Harian di Bukit Aman, pagi tadi.

Dato' Sri Acryl Sani mengulas insiden seorang pembaca berita yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika membaca laporan berita. Hingga kini kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Selain Seksyen 504 Kanun Keseksaan, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/polis-siasat-kes-pembaca-berit…

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS