Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: POLIS DAHULUKAN SOLAT SEBELUM PERIKSA DAN KELUAR KOMPAUN

Taiping, 28 Mei 2021 - Polis Taiping mengesahkan foto anggota menjadi makmum ketika solat berjemaah di sebuah masjid di sini yang turut dihadiri penduduk kampung dengan tidak memakai pelitup muka yang tular di media sosial adalah benar.

Kejadian itu berlaku di Masjid Tengku Menteri, Matang semasa solat Maghrib berjemaah pada Rabu ketika operasi dijalankan Pejabat Agama Daerah Taiping bersama polis.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Tuan Osman Manial berkata, anggota berkenaan turut sama menunaikan solat berjemaah sebelum menjalankan pemeriksaan.

"Anggota yang bertugas itu melaksanakan perkara yang wajib terlebih dahulu sebelum melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan.

"Dalam operasi sekitar jam 8 malam itu, didapati seorang daripada 27 jemaah yang menunaikan solat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS