Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: POLIS SIASAT INDIVIDU HINA SULTAN JOHOR

 
Kuala Lumpur, 31 Mei 2021 - Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Tuan Anuar Omar berkata, pihaknya menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada 5.44 petang, semalam.

“Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti itu dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Instagram tersebut,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Tuan Anuar berkata polis masih menyiasat perkara itu kerana dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, Instagram milik ibu selebriti itu telah memaparkan gambar dan berita TV3 dengan visual Sultan Johor bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’ beserta kapsyen berbentuk kritikan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS