Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGHASUT ANTIVAKSIN BERDEPAN TINDAKAN

Kota Bharu, 31 Mei 2021 - Golongan antivaksin yang didapati menyebar maklumat dan menghasut orang ramai agar tidak mengambil vaksin bakal berdepan tindakan undang-undang yang tegas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, golongan itu juga boleh disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu beliau menambah, siasatan juga boleh dibuat mengikut undang-undang dibawah Ordinan Darurat 2021 dan Akta Hasutan 1948.

"Sehubungan dengan itu, tiada keperluan untuk menggubal satu undang-undang baharu untuk golongan ini. Mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya mengeluarkan kenyataan berbentuk antivaksin, menghasut dan mencabar undang-undang.

Justeru, antivaksin merupakan satu kesalahan. Jika cakap, mereka sudah boleh dikenakan tindakan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Kosmo seperti di lampiran.

Sumber: Kosmo

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS