Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: SEKATAN PERGERAKAN PENUH, PERANG BERSAMA LAWAN COVID-19

 
Kuala Lumpur, 31 Mei 2021 - Perang menentang pandemik COVID-19 ini adalah peperangan seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pandemik ini bukan mitos atau cerita rekaan. Justeru rakyat diminta ambil iktibar daripada mereka yang sudah kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 serta memainkan peranan bagi mengekang penularan dengan tidak keluar rumah jika tiada keperluan atau urusan penting.

Dato' Sri Ismail berkata, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama dua minggu yang dilaksanakan bermula esok diharap dapat melandaikan lengkuk jangkitan kes COVID-19.

"Tempoh dua minggu ini amat penting, terutama bagi Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha membendung penularan wabak ini. Hanya dengan kerjasama dan disiplin, anda mampu membantu menyelamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh jika peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal.

"Langkah yang diambil ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi ia adalah satu pengorbanan yang perlu dilakukan untuk keselamatan dan kesejahteraan kita bersama," katanya pada sidang media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perkembangan Semasa COVID-19 di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Berita Harian


May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS