Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM (28 JUN 2021)

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 88,238 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 4,406 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,114 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 866 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 779 individu dikompaun manakala 87 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran / makan / minum di premis (229)
- Tidak memakai pelitup muka (154)
- Tiada penjarakan fizikal (151)
- Individu gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (88)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (81)
- Membawa penumpang berlebihan (50)
- Premis gagal patuhi arahan (10)
- Lain-lain (103)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (28 Jun 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS