Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah bersama para petugas dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mula mengagihkan barangan keperluan kepada beberapa isi rumah di sekitar daerah Kota Marudu, Sabah, sehari selepas pelancaran Op Bantu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Objektifnya untuk membantu mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara. Oleh yang demikian, mana-mana individu yang memerlukan bantuan diminta hadir ke mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan dengan tempat tinggal bagi mendapatkan bantuan dengan segera.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN