Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 #OPBANTU #SETIU #SETIAMEMBANTU OP BANTU: 'POLIS SEDIA BERKHIDMAT' DEMI MASYARAKAT DAN NEGARA

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin bersama para petugas dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mula mengagihkan barangan keperluan kepada beberapa isi rumah di sekitar daerah Setiu, Terengganu, sehari selepas pelancaran Op Bantu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Objektifnya untuk membantu mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara. Oleh yang demikian, mana-mana individu yang memerlukan bantuan diminta hadir ke mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan dengan tempat tinggal bagi mendapatkan bantuan dengan segera.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS