Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 #OPBANTU #SETIAMEMBANTU [ARTIKEL PILIHAN] OP BANTU: 46,800 BAKUL MAKANAN DIAGIH DI SELURUH NEGARA BANTU KELUARGA TERJEJAS COVID-19

Kuala Lumpur, 8 Julai 2021 - Bukan hanya menjalankan tugas penguatkuasaan malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut bersama-sama membantu menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui Op Bantu.

Dianggarkan sebanyak 46,800 bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas antaranya beras, minyak masak dan gula akan dihulurkan kepada setiap keluarga oleh 156 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Dato’ Saiful Azly Haji Kamaruddin berkata, ini bermakna kira-kira 300 keluarga akan menerima manfaat tersebut untuk setiap IPD.

“Bagi fasa pertama iaitu pada semalam, sebanyak 10 bakul makanan diserahkan manakala 10 bakul lagi akan diserahkan esok kepada keluarga yang memerlukan (oleh setiap IPD).

“Bagi fasa seterusnya, bantuan bakul makanan akan diserahkan selepas mendapat lampu hijau daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1980269

Sumber: BERNAMA

#KDN_TogetherWeAreOne
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurfrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS