Rangkuman Op Bantu yang mula dilasanakan semalam oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi agensinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memberikan bantuan segera kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan di seluruh negara.
Inisiatif ini bertujuan meringankan beban golongan yang terjejas akibat penularan COVID-19 selaras dengan komitmen kerajaan membantu rakyat dan memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara(PPN).
Op Bantu diketuai oleh Ketua Polis Daerah seluruh negara di mana semua Ibu Pejabat Polis Daerah dijadikan pusat pengagihan dan penyimpanan bantuan bekalan makanan yang akan disalurkan kepada penerima.
#KDN_TogetherWeAreOne
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurfrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN