Kuala Lumpur, 12 Julai 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedar 11,928 bakul makanan lagi kepada golongan memerlukan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menerusi Op Bantu Fasa Dua bermula hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Dato’ Saiful Azly Haji Kamaruddin berkata bakul makanan itu diedarkan ke 156 ibu pejabat polis daerah (IPD) yang terdapat di seluruh negara.
"Menerusi Op Bantu Fasa Dua, setiap IPD menerima 73 bakul makanan, namun 20 IPD di Sabah masing-masing akan diberikan 100 bakul makanan.
"Dalam Op Bantu Fasa Satu bermula Rabu lalu, 3,120 bakul makanan diedarkan ke 156 IPD dengan setiap IPD menerima 20 bakul makanan. Semuanya sudah selesai diagihkan kepada penerima," katanya kepada BH, hari ini.
Dato' Saiful Azly berkata, Op Bantu kelolaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mensasarkan 300 penerima yang terpilih terlebih dahulu di setiap IPD.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN