Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 [POSTING PILIHAN] PKP 3.0: TIMBALAN MDN 1 ADAKAN LAWATAN KERJA DI PAHANG

 
Temerloh, 12 Julai 2021 - Timbalan Menteri Dalam Negeri (MDN) 1, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, di sini, semalam.

Beliau yang diiringi Ketua Polis Pahang CP Dato’ Ramli Mohamed Yusoff turut menyantuni para petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya Rumpun Makmur.

Seusai lawatan, Timbalan MDN 1 juga sempat membuat lawatan kebajikan ke atas Ketua Polis Balai Kerdau, Sarjan Mejar Yah @ Yahya Mohamad yang mengalami kecederaaan akibat kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, SAC Dato' Mohd Khalid Haji Ismail, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Tuan Mohd Azhar Mohd Yusoff dan warga IPD Temerloh.

Sumber: POLIS Temerloh

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS