Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 74,793 pemeriksaan semalam. Ia melibatkan 4,406 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,645 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 441 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 423 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Sumber: Kenyataan Media Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan (18 Julai 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN