Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKP #COVID-19 PKP 3.0: KPN LAWAT SEKATAN JALAN RAYA LEMBAH PANTAI SEBELUM SOLAT HARI RAYA AIDILADHA

Kuala Lumpur, 20 Julai 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, pagi tadi sempat meluangkan masa melawat sekatan jalan raya (SJR) Lembah Pantai, di sini sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Bukit Aman.

Dato' Sri Acryl Sani yang tiba di lokasi SJR berkenaan, kira-kira jam 7.30 pagi diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni sebelum dibawa menandatangani buku lawatan.

Dalam lawatan itu, beliau meluangkan masa hampir 20 minit untuk meninjau suasana pagi raya di lokasi SJR selain menyampaikan sedikit sumbangan makanan kepada para petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas di SJR berkenaan.

Menurut Pegawai Bertugas SJR, Inspektor Mohamed Al Tajar Omar, para petugas barisan hadapan amat berbesar hati dengan kehadiran pucuk pimpinan PDRM itu meninjau tugasan SJR yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

"Jutaan terima kasih kepada Ketua Polis Negara yang hadir melawat kami di pagi hari raya, ianya memberikan kami lebih dorongan dan semangat untuk terus berkhidmat tanpa berbelah bahagi kepada masyarakat serta negara," katanya ketika ditemui sejurus selesai lawatan tadi.

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Nurhafiz Awang dan Konstabel Bryanlie Mustin.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing, outdoors and text that says 'MILIK SHAH POLIS BE'

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'AWAS EMERIKSA POLIS POLIS POLIS POLP POLIS LOG'

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS