Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

 
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 82,249 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 4,243 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,934 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 482 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 457 individu dikompaun manakala 11 lagi direman dan 14 dijamin.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Sumber: Kenyataan Media Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan (25 Julai 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS