Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: PENGHANTAR MAKANAN LEGA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN DI PPV KLINIK BRIGED UTARA PGA ULU KINTA

Ipoh, 17 Ogos 2021 - "Saya bersyukur, akhirnya dapat divaksin kerana sudah lama menunggu giliran, tambahan pula isteri saya sedang sarat mengandung," kata pekerja penghantar makanan, Ahmad Shahidan Abdul Rahman, 34.

Dia yang ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini merupakan antara 59 penghantar makanan Food Panda yang ditawarkan menerima vaksin pada Isnin.

Pemberian vaksin itu adalah di bawah Program Vaksinasi Rider Food Panda kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama PGA Ulu Kinta.

Turut hadir, Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Tuan Mohd Noh Khamis, Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin dan Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.sinarharian.com.my/.../Abang-Panda-syukur...

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS