Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: DRON BERKESAN BANTU PDRM JAGA KESELAMATAN DAN KAWAL SEMPADAN NEGARA – PENGARAH JABATAN KNDKA

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2021 - Penggunaan dron berkesan dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan dan kawalan sempadan serta merakam pelbagai gambar dan video bagi mengumpul bukti untuk membawa pertuduhan ke mahkamah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, oleh sebab itu, PDRM memerlukan lebih banyak dron berteknologi canggih bagi membantu menggalas tanggungjawab yang dilihat semakin mencabar.

Beliau berkata dron yang berkualiti mampu terbang hingga dua atau tiga jam di udara dan boleh menelan belanja kira-kira setengah juta ringgit seunit.

"Banyak kejayaan dan rampasan dilakukan dengan penggunaan dron ini. Selain itu, setiap dron adalah berbeza mengikut kawasan misalnya penggunaan dron di Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak sama dengan dron di Gua Musang dan Sungai Golok, Kelantan berdasarkan kegiatan yang berbeza.

"Di Zon A (iaitu kawasan pantai yang panjangnya 900 hingga 1,000 kilometer), penggunaan dron amat relevan. Kalau hendak ditempatkan anggota penguat kuasa, ia tidak praktikal memandangkan jumlah yang diperlukan cukup ramai," katanya dalam wawancara khas kepada Bernama di Bukit Aman, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1994141...
Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS