Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: POLIS SEDIA BANTU KKM ISU PENJUALAN IVERMECTIN – TIMBALAN KPN

Kota Bharu, 19 Ogos 2021 - Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim berkata, isu penjualan ubat berkenaan berada di bawah KKM mengikut Akta Racun 1952.

“Kita akan bantu kalau ada laporan daripada pihak KKM tentang adanya sindiket (penjualan Ivermectin), maka kita akan jalankan siasatan," katanya selepas melakukan lawatan kerja rasmi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan promosi penjualan Ivermectin sebagai ubat yang didakwa mampu menyembuhkan jangkitan COVID-19 semakin agresif di pasaran gelap serta media sosial.

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS