Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 POSTING PILIHAN: TIMBALAN KPN TURUN PADANG TINJAU LOKASI FENOMENA KEPALA AIR GUNUNG JERAI

Yan, 22 Ogos 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim turun padang bagi meninjau keadaan fenomena kepala air di Pusat Rekreasi Titi Hayun, di sini dalam lawatan kerja rasmi beliau di sini, pagi tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji telah memberikan taklimat berkaitan operasi yang telah dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan yang bermula sejak Rabu lepas.

Dalam pada itu, Datuk Seri Haji Mazlan turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat dari kepala air di Gunung Jerai di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Yan.

Turut hadir ialah Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Ali dan para pegawai kanan PDRM.

Sumber: Polis Kedah
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS