Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: KORBAN REHAT, RINDU DEMI TUGAS

Pontian, 23 Ogos 2021 - "Demi memenuhi tugasan sepanjang pandemik COVID-19, kadangkala saya hanya mampu melelapkan mata kira-kira empat jam sehari," kata anggota di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, Konstabel Nur Fatin Mamat, 27.

Nur Fatin berkata, selain berkorban waktu berehat, cabaran lain dialami sepanjang setahun lalu adalah tidak berpeluang bertemu keluarga di Kampung Pinggan, Pinggang Pitas, Sabah.

Menurutnya, keletihan serta kerinduan terhadap keluarga pernah menyebabkannya sakit, namun demi menunaikan tugasan dia bangkit semula.

"Walaupun bergelar anggota polis, saya juga manusia biasa dan tidak terkecuali mengalami sakit seperti batuk dan selesema.

"Bagi mengelakkan kesihatan lebih buruk, saya segera mendapatkan rawatan dan kembali bertugas selain membantu sekatan jalan raya (SJR)," katanya.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, pengalaman tidak dapat dilupakan adalah ketika memberi laluan kepada petugas keselamatan menaiki ambulans membawa jenazah mangsa COVID-19 serta diiringi keluarga.

Menurutnya, secara tidak langsung, ketika itu dia dapat mengharungi detik paling menyayat hati keluarga mangsa COVID-19 yang bukan saja kehilangan insan kesayangan, malah hanya mampu melihat pengebumian dari jauh.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.


May be an image of 1 person and text that says 'Korban rehat, rindu demi tugas lima pengalaman serta Demi Pinggang Menurutnya, Saya hanya mampu empat sehari dua aripada kempen 30 NUR atin bersama hadiah ang liners.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS