Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#OP_BENTENG POSTING PILIHAN: PENGARAH KDNKA ADAKAN LAWATAN KERJA KE MARKAS PPM WILAYAH DUA JOHOR

Johor Bahru, 30 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim mengadakan lawatan kerja ke Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini, semalam.

Kehadiran Dato’ Zainal disambut oleh Komander PPM Wilayah Dua, ACP Tuan Muhd Zailani Abdullah setibanya beliau di Pusat Latihan Polis Marin (PULAMAR).

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bagi menyampaikan amanat kepada warga kerja PPM dalam mencapai sasaran keberhasilan selain turut menasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan diri sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara. Usai lawatan, beliau turut dibawa meninjau kesiapsiagaan para petugas PPM di sektor pengoperasian laut yang menjalankan tugasan Op Benteng.

Hadir sama, Komander PPM Bukit Aman, DCP Tuan Yusof Mamat dan Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan KDNKA, ACP Tuan Kamaruzaman Abdullah.

Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS