Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 VIDEO PILIHAN: SURI RUMAH DIDENDA RM12,000 SEBAR VIDEO TIDAK BENAR TENTANG VAKSIN

Kuala Lumpur, 6 September 2021 – Gara-gara menyebar video tidak benar mengenai vaksin, seorang suri rumah didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.

Tengku Noor Azilin Wa Kembang Tengku Azizan, 46, selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim M.M. Edwin Paramjothy.

Mahkamah turut memerintahkan OKS itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Hakim Edwin Paramjothy berkata, kesalahan tertuduh membantutkan usaha kerajaan dalam memerangi COVID-19.

“Tempoh masa kesalahan dilakukan adalah ketika kerajaan bertungkus-lumus membasmi penularan wabak menerusi program vaksinasi COVID-19.

“Walaupun mahkamah menerima mitigasi OKS dalam mengurangkan hukuman, namun mahkamah turut mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan bahawa hukuman berbentuk pengajaran perlu diberikan,” katanya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS