Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS DEDAH 123 KONDO DI SELURUH NEGARA JADI PILIHAN SINDIKET

Kuala Lumpur, 7 September 2021 - Sindiket pelacuran kini mengubah taktik dengan beroperasi di kondominium mewah bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Jika dahulu mereka menjadikan pusat urut, spa dan hotel sebagai lokasi operasi, namun kini sindiket pelacuran mengubah lokasi operasi dengan menjadikan pelanggan dalam kalangan orang kenamaan atau VIP sebagai sasaran.

Mendedahkan modus operandi terbaharu sindiket pelacuran ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tuan Azmi Adam berkata, hasil risikan dan serbuan yang dibuat, trend tersebut dikesan berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak tahun lalu.

“Sejak dari tahun 2020 sehingga Ogos 2021, terdapat 123 serbuan dijalankan melibatkan kondominium mewah ini,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Difahamkan, sindiket pelacuran berkenaan dikesan menyewa sebuah unit kondominium secara harian berdasarkan tempahan pelanggan, malah ada yang menyewa unit kondominium di lokasi tertentu dengan cara sewa bulanan.

Menurut Tuan Azmi, lazimnya sindiket membayar RM100 hingga ke RM200 untuk sewaan semalaman, manakala untuk sewaan bulanan unit kondominium berkenaan boleh mencecah sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.


May be an image of 1 person and text that says 'Polidedah 23 kondo seluruh jadi sindiket pelacuran n Pelacur ubah KUALALUMPUR LUMPUR 'markas' sejak PKP KRONOLOGI WARGAASING Bahagiar bersama pelanggan katanya. risikan. enyasarkan Tengah.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS