Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM PANTAU SECARA MENYELURUH AKTIVITI PELANCONGAN DI LANGKAWI

Alor Setar, 13 September 2021 - Pemantauan lebih menyeluruh akan diadakan bagi memastikan pelancong mematuhi prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan yang ditetapkan di Pulau Langkawi, bermula 16 September ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, pasukan pemantau akan digerakkan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi termasuk penambahan anggota bagi melakukan pemeriksaan di lokasi-lokasi pelancongan.

Menurutnya, kesemua pelancong perlu mematuhi SOP khusus terbabit bagi mengelak penularan pandemik COVID-19, selain pihak polis akan memastikan pelaksanaan SOP dipatuhi termasuk penggiat industri pelancongan.

Beliau turut mengingatkan pelancong yang ingin bercuti ke Langkawi dengan menggunakan jalan darat sahaja perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS