Bermula 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara telah digerakkan di beberapa lokasi panas di sekitar ibu kota bagi memantau masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana operasi pemantauan oleh Unit Dron PGU ini dilaksanakan, rakan-rakan netizen dijemput untuk mengikuti live Facebook Rasmi PDRM pada hari Ahad (19 September 2021), bermula seawal jam 9 pagi.
Suka pihak polis mengambil kesempatan ini untuk terus menasihatkan masyarakat agar terus mematuhi SOP dan arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya.
Ingat, anda sentiasa kami perhatikan dari udara!
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN