Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: TUBUH 700 PASUKAN PANTAU AIR TERJUN DAN PANTAI – KP SELANGOR

Sepang, 19 September 2021 - Polis Selangor mengetatkan pemantauan di destinasi tumpuan pelancongan negeri dengan menempatkan 700 pasukan pemantau setiap hari ekoran peralihan negeri itu ke Fasa 2 Pelan Peralihan Negara (PPN).

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat.

"Kita telah menubuhkan 700 pasukan pemantau membabitkan kira-kira 3,000 anggota setiap hari.

"Semua pantai dan tempat-tempat tumpuan orang ramai di Selangor seperti air terjun dan sebagainya dipantau,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan SOP di Pantai Bagan Lalang, di sini semalam.

Mengenai tinjauan pada Sabtu, Dato’ Arjunaidi berkata, beliau berpuas hati dengan pematuhan SOP di pantai tersebut yang merupakan salah satu tempat tumpuan penduduk untuk berkelah.

"Kalau kita lihat dari segi keseluruhannya memang ramai yang datang, tetapi sebahagian besarnya mereka datang berkeluarga dan mereka duduk berkumpul dalam keluarga mereka sendiri.

"Kita lihat mereka yang datang ini mematuhi SOP dari segi pemakaian pelitup muka dan sebagainya," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.


May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS