Hulu Terengganu, 19 September 2021 - Kegembiraan sekumpulan konvoi bermotosikal berkumpul sempena cuti hujung minggu di Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu di sini, kelmarin terbantut selepas lokasi berkenaan diserbu polis.
Malah, cubaan mereka meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis gagal memandangkan kawasan berkenaan dikepung sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, operasi bermula jam 2 petang hingga 7 malam itu dilakukan susulan maklumat awam terdapat pergerakan sejumlah motosikal ke kawasan peranginan itu selepas Terengganu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula kelmarin.
Beliau berkata, pihaknya terlebih dahulu melakukan pemantauan sebelum mengepung kumpulan motosikal itu di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kenyir.
"Sebaik menyedari kehadiran anggota, mereka melarikan diri namun gagal kerana kami terlebih dahulu menyekat beberapa laluan sebelum semuanya ditahan di kawasan R&R Kenyir.
Superintendan Ismail berkata, 160 buah motosikal ditahan dengan 190 individu termasuk 20 wanita yang berusia antara 17 hingga 30 tahun diperiksa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN