Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 VIDEO PILIHAN: POLIS BURU INDIVIDU POSITIF COVID-19 KELUAR DARI RUMAH DAN INGKAR ARAHAN HSO – MDN

Kuala Lumpur, 26 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu positif COVID-19 yang keluar dari rumah serta ingkar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) melalui maklumat yang dilaporkan menerusi sistem ‘Hotspots Identification for Dynamic Engagement’ atau singkatannya HIDE secara serta merta.

Individu yang melakukan kesalahan tersebut tidak akan terlepas daripada buruan PDRM yang akan menerima maklumat lokasi daftar masuk dan juga alamat rumah seperti terkandung di dalam aplikasi MySejahtera individu terbabit.
Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mereka kerana telah melakukan kesalahan yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa, pemilik premis yang didapati membenarkan pesakit COVID-19 memasuki premis mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS