Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 [ARTIKEL PILIHAN] OP PATUH: 7,740 KOMPAUN DIKELUARKAN SELURUH NEGARA

Johor Bahru, 3 Oktober 2021 – Sebanyak 7,740 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa Op Patuh di seluruh negara sehingga Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, menerusi Op Patuh bermula pada 25 Jun lalu dianggarkan lebih 2.2 juta premis telah diperiksa.
Katanya, selain tindakan kompaun sebanyak 4,622 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar SOP ditetapkan.

"Seramai 3,442 pasukan pematuhan dengan kekuatan keseluruhan seramai 14,959 pegawai dan anggota polis terbabit Op Patuh di seluruh negara yang turut melibatkan agensi- agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya.

"Menerusi Op Patuh, pemeriksaan berterusan dilakukan di kawasan kilang, tapak pembinaan, asrama penempatan pekerja dan premis perniagaan," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Penyerahan Sumbangan Kepada Pesara Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, pada Ahad.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Op-Patuh:-7,740...
Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS