Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUAT UJIAN KENDIRI SEBELUM BALIK KAMPUNG

Putrajaya, 7 Oktober 2021 - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung kelak dinasihati menjalani ujian kendiri COVID-19 sebelum bertemu ahli keluarga masing-masing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, untuk memasuki fasa endemik, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan melihat sama ada individu berkenaan sudah lengkap divaksinasi atau sebaliknya.

"Kini tanggungjawab dan tingkah laku bergantung pada individu itu sendiri.

Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely. Sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri COVID-19 Kit Ujian Pantas (RTK) air liur. Jaga keselamatan mereka.

Dalam pada itu, Khairy dalam ciapan balasnya kepada pengguna Twitter memaklumkan, walaupun kelak tiada sekatan jalan raya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap menjalankan pemeriksaan rawak.

"Ini (pemeriksaan rawak) kekal dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh PDRM yang melaksanakan Op Patuh.

"Pemeriksaan secara rawak itu di restoran atau premis akan terus dilaksanakan bagi memeriksa pematuhan SOP. Perkara ini tetap penting,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS