Tumpat, 7 Oktober 2021 - Rondaan di perairan sempadan Malaysia - Thailand di negeri ini terus diperkukuhkan menerusi kerjasama erat antara Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dengan Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Royal Thai Border Patrol (RTBP) bagi membendung aktiviti jenayah rentas sempadan.
Timbalan Komander PPM Wilayah Tiga, Superintendan Mohd Razlin Abdul Manaf berkata, menerusi kerjasama itu pihaknya turut bertukar-tukar maklumat berkait aktiviti jenayah bagi memastikan kawalan sempadan antara kedua-dua negara berada pada tahap
terbaik
.
"Alhamdulillah, pada Rabu kita kembali melakukan rondaan bersama bual julung kalinya sejak negara dilanda pandemik COVID-19," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor pada Rabu lalu.
PPM Wilayah Tiga akan terus meningkatkan lagi rondaan bagi memastikan aktiviti jenayah sempadan dapat dikurangkan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN