Sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri
Ismail Sabri Yaakob petang tadi bahawa rentas negeri DIBENARKAN oleh pihak Kerajaan Malaysia, bermula esok, 11 Oktober 2021.
Walaupun sekatan jalan raya (SJR) khusus untuk mengawal pergerakan rentas negeri akan ditamatkan tepat jam 12.00 malam ini, suka kami mengambil kesempatan ini untuk menasihati seluruh rakyat Malaysia yang begitu dekat di hati kami.
Sentiasa patuh dan beringat:
1. Laksanakan kawalan kendiri dan mematuhi SOP kesihatan yang telah ditetapkan,
2. Hanya yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan rentas negeri,
3. Jangan sesekali memasuki kawasan yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dan
4. Kepada Yang Maha Esa kita berdoa semoga Malaysia terus dilindungi serta aman sejahtera.
Salam sayang dari kami, warga Polis Diraja Malaysia

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN