Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: GEMBIRA, SEBAK SETELAH TIADA LAGI SJR

Ipoh, 12 Oktober 2021 - "Gembira ada, rasa sebak pun ada sebab saya tidak lagi dapat bersama kawan-kawan setelah enam bulan kami sama-sama bertugas di SJR ini".

Demikian kata Koperal Mohd. Fakaruddin Yusri Kamaluddin, 29, dari Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, dekat sini, sebaik sahaja menamatkan tugasnya di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Ipoh Selatan di sini yang ditutup tengah malam semalam.

Koperal Mohd. Fakaruddin yang merupakan antara anggota pasukan keselamatan paling lama bertugas di SJR itu berkata, dia gembira kerana akhirnya SJR ditamatkan setelah kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri tanpa surat bermula tengah malam tadi.

Menurutnya, sepanjang enam bulan di SJR itu, dia melalui pelbagai cabaran yang disifatkannya sebagai pengalaman berharga ketika membuat pemeriksaan terhadap pengguna kenderaan yang melalui SJR itu.

"SJR ini merupakan laluan utama untuk masuk ke Ipoh, memang banyak trafik dan keadaan kesesakan berlaku setiap hari.

"Cuaca panas dan hujan cabaran biasa bagi kami. Semua itu kami lalui demi memastikan SOP dipatuhi, demi keselamatan kesihatan orang ramai," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Walaupun gembira kerana tidak perlu lagi bertugas di SJR, Koperal Mohd. Fakaruddin mengakui rasa sebak dan sedih kerana tidak lagi dapat bersama-sama dengan rakan dari pasukan keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS