Kuala Lumpur, 12 Oktober 2021 - Polis akan terus mengeluarkan kompaun kepada individu belum lengkap divaksin yang didapati melakukan rentas negeri serta ingkar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam menangani pandemik COVID-19.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, tiada lagi amaran diberikan, sebaliknya pihak berkuasa akan lebih tegas dalam mempertingkat pemantauan dan pemeriksaan berkaitan pematuhan SOP.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil oleh pasukan pemantau yang ditugaskan melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara mengejut di lokasi tumpuan orang ramai seperti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan pusat beli-belah.
"Kali ini, kita terus kompaun mereka yang rentas negeri tanpa vaksinasi lengkap, tidak diberi amaran lagi," katanya, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN