Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: 15 PATI KANTOI CUBA MENYUSUP MASUK

Bukit Kayu Hitam, 13 Oktober 2021 - Memotong pagar kawat duri di sempadan sebelum menyusup masuk secara tidak sah pada awal pagi atau malam.

Itu taktik dilakukan sekumpulan 15 lelaki dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyeludup masuk ke negara ini melalui pagar sempadan Malaysia - Thailand dalam kejadian berasingan 6 Oktober lalu dan kelmarin.

Bagaimanapun, empat daripada PATI terbabit berjaya ditahan polis dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam di kawasan Kampung Padang Satu jam 9.30 pagi 6 Oktober lalu manakala 11 lagi ditahan dekat pos kawalan tentera jam 8 malam kelmarin.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka dipercayai mengambil peluang itu menyusup masuk ke negara ini waktu malam atau awal pagi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS