Petaling Jaya, 16 Oktober 2021 - Sebanyak empat juta kenderaan dijangka memenuhi lebuh raya bagi melakukan perjalanan rentas negeri selepas diberi kebenaran oleh kerajaan untuk berbuat demikian sejak Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, setakat 13 Oktober lalu jumlah keseluruhan trafik yang dicatatkan di semua lebuh raya adalah sebanyak 3.8 juta kenderaan sehari.
"Tinjauan jumlah trafik di plaza tol lebuh raya utama pula mendapati jumlah kenderaan telah mula menunjukkan peningkatan bermula 13 Oktober lalu berbanding pada 6 Oktober iaitu sebelum rentas negeri dibenarkan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, semakan yang dilakukan bersama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik di semua lebuh raya seluruh negara akan terus menunjukkan trend peningkatan yang disasarkan akan mencapai empat juta kenderaan sehari.
"LLM dan syarikat pengendali lebuh raya akan sentiasa memantau status pergerakan trafik dan memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di fasiliti atau kemudahan yang disediakan dengan kerjasama pihak JSPT.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN