Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS PANTAU LEBUH RAYA DENGAN OP LANCAR DAN OP HAD LAJU – PENGARAH JSPT

Petaling Jaya, 16 Oktober 2021 - Seramai 450 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membuat pemantauan di lebuh raya melalui Op Lancar bagi memastikan kelancaran trafik susulan peningkatan kenderaan yang dijangka pulang ke kampung bermula hari ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, pihaknya telah melancarkan Op Lancar bermula Isnin lalu (11 Oktober) bagi mengawal aliran trafik yang dijangka sesak di lebuh raya.

"JSPT sentiasa akan menjalankan Op Had Laju di lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti berlakunya pelanggaran peraturan lalu lintas.

"Ini termasuk kesalahan memandu melebihi had yang dibenarkan,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, pihaknya akan membuat rondaan secara kerap dan ‘omnipresence’ petugas trafik agar masyarakat sedar akan kehadiran polis trafik di kawasan mereka.

"Memandu secara berhemah terutamanya di lebuh-lebuh raya yang dijangka sesak akibat kebenaran rentas negeri yang diberikan," ujar beliau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS