Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: 4.27 JUTA KENDERAAN GUNA LALUAN UTAMA

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2021 – Sejumlah 4.27 juta kenderaan Keluarga Malaysia menempuh jajaran lebuh raya utama kelmarin, berbanding 3.8 juta kenderaan pada Khamis dan Rabu lalu.

Ia menunjukkan peningkatan lebih 400,00 kenderaan di lebuh raya susulan kebenaran rentas negeri diputuskan kerajaan, bermula Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain, berkata aliran trafik kelmarin hampir sama trend aliran sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu sebanyak 4.5 juta kenderaan sehari.

Beliau berkata, mengikut data direkodkan hari sama, tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara Selatan merekodkan 1,221,304 kenderaan, Lebuhraya KL-Karak (143,024) serta Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (53,159).

Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama kelmarin mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan berbanding hari sama minggu sebelumnya (8 Oktober).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS