Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM TINGKATKAN OPERASI PANTAU PEMATUHAN SOP

Kuala Lumpur, 14 November 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengarahkan semua Pasukan Pemantauan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) menggiatkan lagi operasi di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali, berkata ini berikutan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 serta kes jangkitan harian yang didapati meningkat sejak beberapa hari lalu.

"Kita ada berbincang sebelum ini dan bersetuju untuk menggerakkan pasukan itu secara menyeluruh selepas mendapati kes COVID-19 mula meningkat susulan kelonggaran beberapa aktiviti sosial.

"Ini menunjukkan ada segelintir yang alpa terhadap pematuhan SOP. Nasihat saya senang, iaitu elakkan 3S, iaitu jauhi kawasan yang sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat.

"Semua pihak kena mainkan peranan masing-masing bagi memulihkan negara daripada ancaman penularan COVID-19," katanya kepada BH, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and text that says 'PDRM tingkatkan operasi pantau pematuhan SOP Kuala Diraja (SOP) Kuala Nasional4 antaranya FotoAizuddinSaad/P” Kompaun jika ulangi kesalahan, ingkar arahan ma-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS