Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA GUNA DRON KEKANG PENYELUDUPAN PATI

Kota Bharu, 27 November 2021 – Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketatkan kawalan sempadan menerusi pelbagai kaedah termasuk menggunakan dron, bagi mengekang kegiatan penyeludupan termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Tuan Hasan Basri Ahmad Safar berkata, selain penggunaan dron, pihaknya akan membuat pemeriksaan premis dan perketat sekatan jalan raya (SJR).

Katanya, PGA telah mengenal pasti hampir 30 pangkalan haram aktif dengan kegiatan rentas sempadan daripada keseluruhan 128 pangkalan haram di Kelantan.

"Saya sudah arahkan semua Pegawai Pemerintah Batalion supaya bangunkan maklumat diikuti perbincangan dilakukan dengan pelbagai agensi sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita akan bagi tumpuan dengan kawalan lebih ketat di pangkalan haram yang dikenal pasti aktif dan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan oleh orang awam kepada pihak kami sangat dialu-alukan.

"Saya percaya penggunaan dron boleh membantu untuk memantau kawasan sempadan dan kaedah terbaharu adalah kita akan melakukan pemeriksaan premis," katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

#BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS